Language: Malay/Bahasa Melayu

  • Cara Membina Laman Web yang Berfungsi dan Mampu Menukar Pelawat kepada Pelanggan

    WordCamp Malaysia 2025Speaker: Hariz Halim

    January 2, 2026 — Dalam sesi ini, saya akan kongsikan cara membina laman web yang benar-benar berkesan — bermula daripada struktur kandungan yang ringkas hingga kepada perjalanan pengguna (user journey) yang mendorong tindakan. Saya juga akan tekankan kepentingan fungsi laman web: ia mesti pantas, responsif dan mesra pengguna.
    Saya akan membentangkan dalam Bahasa Malaysia, dengan sedikit campuran istilah dalam Bahasa Inggeris bagi memudahkan pemahaman. Sesi ini bersifat praktikal, mudah diikuti, dan relevan untuk semua. Peserta akan pulang dengan satu rangka kerja jelas untuk membina laman web yang bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi juga berfungsi dengan berkesan.

    Presentation Slides »

  • Convert-Ready Salespage Structure (in Bahasa Malaysia)

    WordCamp Malaysia 2025Speaker: Aiman Sani

    January 2, 2026 — Dalam sesi ini, saya akan berkongsi struktur dan pattern yang digunakan oleh salespage yang telah berjaya menjana ratusan ribu sehingga jutaan ringgit dalam jualan, kita akan lihat komponen kritikal yang menjadikan sesuatu salespage itu convert-ready termasuk susunan seksyen, elemen psikologi, flow bacaan, CTA placement, dan strategi “trust accelerator”.
    Peserta akan pulang dengan satu framework praktikal yang boleh terus digunakan untuk:
    Membaik pulih salespage sedia ada
    Menaikkan conversion
    Membina salespage baharu yang lebih kemas, meyakinkan dan berkesan
    Sesi ini sangat sesuai untuk developer, designer, founder, dan marketer yang mahu menghasilkan salespage yang bukan sahaja cantik, tetapi betul-betul convert.

    Presentation Slides »

  • Dari JB ke SaaS Global: Bagaimana Tahun Pertama Saya

    WordCamp Johor Bahru 2025Speaker: Arif Tukiman

    July 31, 2025 — Dari JB ke seluruh dunia—Apa jadi bila anak Johor cuba bina startup SaaS dari ruang kecil sewa sebagai Software House kecilan, dengan semangat dan sokongan kuat dari komuniti tech? Dalam tahun pertama, RunCloud capai pengguna dari lebih 30 negara—semuanya bermula dari JB. Dalam sesi ini, saya akan kongsi real story: apa yang saya buat, apa yang saya belajar, dan macam mana WordPress & tech komuniti jadi antara kunci kejayaan awal. Kalau anda tengah explore dunia SaaS, cloud, atau bina produk sendiri—harapnya cerita ini boleh bagi inspirasi (dan realiti) dari ground zero.

  • Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Hosting untuk WooCommerce Website

    WordCamp Malaysia 2023Speaker: Nurul Syahmina Mohd Khairuddin

    October 1, 2023 — Topik ini merangkumi semua aspek penting yang mesti dipertimbangkan semasa memilih hosting provider untuk website WooCommerce. Ia termasuk faktor seperti server performance, uptime, security, support, dan scalability. Topik bermaklumat ini membantu ramai orang membuat keputusan yang tepat dan memilih hosting provider terbaik untuk perniagaan mereka.

    Presentation Slides »

  • Sulaiman Misri: Turn your WordPress site into Mobile Application

    WordCamp Malaysia 2023Speaker: Sulaiman Misri

    September 28, 2023 — Imagine having your WordPress website seamlessly accessible on mobile devices, connecting with your audience anytime, anywhere. With this game-changing approach, you will know how to turn your WordPress site into a Mobile or Desktop Application. Join me on this journey as I will unveil the secrets of how we turn our client’s WordPress site into a working Mobile and Desktop Application.

    Presentation Slides »

  • Amirul Nordin: Memahami dan Cara Membetulkan isu “Keyword Cannibalization” untuk SEO

    WordCamp Malaysia 2023Speaker: Amirul Nordin

    September 28, 2023 — Ketahui apa itu ‘keyword cannibalization’ dan cara-cara efektif untuk membetulkannya. Sesi ini akan menerangkan tentang ‘keyword cannibalization’, teknik mengesan, dan langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya.

    Learn about the common SEO issue of keyword cannibalization and how to tackle it effectively. This session will provide an overview of keyword cannibalization, its detection methods, and practical solutions to address it.

    Presentation Slides »

  • Muhammad Johar Jaafar: Aku buntu! Perlukan Design Baru Tapi Bagaimana?

    WordCamp Kota Kinabalu 2019Speaker: Muhammad Johar Jaafar

    January 15, 2020 — Aku buntu! Perlukan Design Baru Tapi Bagaimana By Muhammad Johar Jaafar. As a designer or developer. You may or you may not encounter design inspiration problem. But it does happen in our daily life as Web Developer who use WordPress.

    This sharing session shared on how to get on path and acquire design inspiration, as well copy technique of getting similar website that we want.

    Presentation Slides »

  • Abdul Rahim abdul Rani: 10 Tips Utama untuk Melajukan Laman WordPress anda

    WordCamp Kuala Lumpur 2019Speaker: Abdul Rahim abdul Rani

    November 19, 2019 — Laman web yang perlahan akan menyebabkan anda kehilangan pelawat atau prospek pembeli online. Adalah penting untuk memastikan laman web anda laju dan berfungsi. Topik ini memberikan 10 Tips utama yang paling penting dalam melajukan laman WordPress anda tanpa perlu coding yang rumit.

  • Amirul Nordin: Google Tag Manager untuk Marketer (Edisi WordPress)

    WordCamp Kuala Lumpur 2019Speaker: Amirul Nordin

    November 14, 2019 — GTM merupakan salah satu tool yang sangat berguna untuk digital marketer terutamanya yang bukan daripada latar belakang developers (a.k.a tidak tahu coding).

    Ia dapat memudahkan anda untuk menguruskan tag (seperti Facebook Pixel & GA tracking code) di dalam website anda. Namun, jika tersilap setting, banyak perkara yang akan terjejas.

    Di dalam perbentangan ini, anda akan didedahkan mengenai:

    – Bagaimana GTM berfungsi.
    – Kelebihan menggunakan GTM.
    – Cara mudah untuk Install GTM di WordPress.
    – Panduan mencipta dan menyusun stuktur akaun GTM (Best practices).
    – GTM Use Case (Simple to Advance).

  • Adlan Khalidi: Bagaimana Membina Landing Page yang Berimpak Tinggi

    WordCamp Kuala Lumpur 2019Speaker: Adlan Khalidi

    November 13, 2019 — Landing page merupakan halaman pertama yang akan dilawati apabila kita membuat iklan samada di Google Ads ataupun Facebook.

    Oleh itu, first impression adalah sangat penting.

    Apakah elemen yang penting? Adakah headline, copywriting atau kelajuan?

    Dalam topik ini, saya akan kupas tips untuk menghasilkan landing page yang berimpak tinggi.

    Landing page yang bagus hendaklah mampu menjana lead (Lead Gen) /prospek kepada kita atau klien.